Pages

Monday 31 October 2011


Menggapai Sinar

Hidup ini penuh liku
Onak dan duri
Harus dirempuh dan dilalui
Demi mengejar satu impian
Aku
Bulatkan tekad teruskan usaha
Memulakan episod ini
Berilah aku keyakinan
Kurniakanlah ketabahan
Kerana langkah ini baru bermula
Rakan dan sahabat
Menjadi pembakar semangat
Meneruskan pendakian menuju puncak

31.10.2011
Hasil nukilan ; Izurazo Kampar
 Nur Maisara bt. Rafizal.
Anakku yang keempat 

Pengenalan Diri

Aku dilahirkan di Kampung Pulai Bergading Malim Nawar Perak. Dibesarkan di Kampar Perak. Mendapat pendidikan awal di SRK Methodist Kampar , Perak. Meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Methodist ACS Kampar sehingga 1990. Melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Sri Kampar di Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan STPM pada tahun 1992. Menyambung pengajian di Institut Perguruan Sultan Idris bagi sesi 95/97 dalam Perguruan Asas.
Kerjaya sebagai seorang pendidik bermula pada 16.02.1998 di SK Banir Tapah Road, Perak hingga kini. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2000 bersama kekasih hati Nor Aziah bt. Mohd Nor yang berasal dari Sabak Bernam. Mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Farhan, Nur Hanan, Nur Ain dan Nur Maisara. Setelah mendapat ilham aku kini memulakan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG PJJ) dan jika tiada aral melintang akan tamat pada tahun 2015.